Alert Message

Tutorial ( Sejarah Komputer Peribadi )

Sejarah komputer peribadi
Daripada Sejarah Komputer.
Lompat ke: cari
Untuk kronologi sejarah komputer peribadi, sila lihat rencana ini.
Isi kandungan
Istilah personal computer (PC; komputer peribadi) muncul buat pertama kali pada 3 November 1962 dalam makalah akhbar New York Times yang melaporkan visi John W. Mauchly tentang bidang pengkomputan masa hadapan. Walaupun demikian, tidaklah sehingga pengembangan mikropemproses cip tunggal bahawa komputer peribadi menjadi satu kenyataan. Rencana ini mengesani perkembangan komputer peribadi dari asal-usulnya sejak zaman komputer kerangka utama merentasi zaman mikrokomputer sehingga hari ini.

Komputer kerangka utama dan minikomputer besar


http://sejarah-komputer.jbdirectory.com/skins/common/images/magnify-clip.png
Pangkalan komputer perkongsian masa yang disambungkan kepada komputer pusat, seperti terminal mampu TeleVideo yang digambarkan di sini, kekadang digunakan sebelum kemunculan PC. Bagaimanapun, ia kini digelar sebagai terminal dungu berdasarkan taraf pencapaian hari ini.
Sebelum kemunculan mikropemproses pada awal dekad 1970-an, komputer umumnya merupakan sistem yang besar dan mahal yang hanya mampu dimiliki oleh perbadanan besar, universiti, dan agensi kerajaan. Pengguna akhir seringnya tidak berinteraksi dengan komputer tetapi sebaliknya akan menyediakan tugas-tugas untuk komputer melalui kelengkapan luar talian, umpamanya penebuk kad. Sebilangan tugas khas akan dikumpulkan dan dihantar ke pusat komputer untuk diproses melalui mod kelompok. Penerimaan hasilnya kekadang mengambil masa sehingga beberapa hari.
Bentuk penggunaan komputer yang lebih interaktif dikembangkan oleh sektor swasta menjelang pertengahan dekad 1960-an. Dalam sistem perkongsian masa, sebilangan pangkalan komputer membenarkan banyak orang mengongsi komputer kerangka utama. Ini adalah amalan yang biasa bagi perniagaan serta juga untuk sains dan kejuruteraan ketika itu.
Suatu cara penggunaan komputer yang berbeza juga dibayangkan ketika itu dan membenarkan setiap pengguna menggunakan pemproses secara eksklusif. Sesetengah komputer awal yang mungkin boleh digelar "komputer peribadi" termasuk minikomputer LINC, PDP-8, dan VAX, serta minikomputer-minikomputer daripada Perbadanan Digital Equipment (DEC), Data General, dan Prime Computer, antara lain. Menurut piawai hari ini, komputer-komputer itu amat besar (sebesar peti sejuk) dan amat mahal (biasanya berpuluh-puluh ribu dolar Amerika Syarikat) dan oleh itu, hanya digunakan untuk makmal dan projek penyelidikan. Penggunaan minikomputer membebaskan pertubuhan-pertubuhan tersebut daripada kebergantungannya kepada pusat komputer universiti dan swasta. Selain itu, minikomputer agak interaktif dan tidak lama kemudian, mempunyai sistem pengendalian sendiri.
Penciptaan minikomputer Xerox Alto (1973) merupakan satu langkah yang penting dalam pengembangan komputer peribadi kerana antara muka pengguna grafik, skrin peta bit leraian tinggi, storan ingatan dalaman dan luar yang besar, tetikus, serta perisiannya. <cite_reference_link> Zaman minikomputer merupakan peringkat pertengahan antara penggunaan komputer kerangka utama dan komputer peribadi.
Komputer di rumah


http://sejarah-komputer.jbdirectory.com/skins/common/images/magnify-clip.png
Apple II yang dikeluarkan pada tahun 1977 merupakan komputer rumah pengeluaran besar-besaran pertama yang berjaya, dengan jumlah jualan sebanyak 2 juta unit.
Satu penggunaan awal istilah "komputer peribadi" muncul pada 3 November 1962 dalam makalah akhbar New York Times yang melaporkan visi John W. Mauchly terhadap pengkomputeran masa hadapan, sebagaimana yang dihuraikan dalam mesyuarat Insititut Jurutera Perindustrian Amerika. Mauchly berkata: "Tidak adanya sebarang alasan untuk menganggap bahawa seseorang lelaki atau perempuan biasa tidak dapat menguasai komputer peribadi." <cite_reference_link>
Jenis minikomputer yang merupakan pendahulu komputer peribadi moden menggunakan teknologi litar bersepadu (mikrocip) yang mengurangkan saiz dan kosnya, tetapi masih tidak mengandungi mikropemproses. Ini bermaksud bahawa ia masih amat besar saiznya dan susah dikilangkan, sebagaimana dengan komputer kerangka utama.
Selepas cip komputer mula dijual, kos untuk mengilang sistem komputer turun dengan ketara. Fungsi-fungsi aritmetik, logik, dan kawalan yang dahulunya memerlukan banyak papan litar yang mahal kini boleh dikendalikan dengan sekeping litar bersepadu, dan memungkinkannya dikilangkan pada jumlah yang besar. Kemajuan-kemajuan dalam perkembangan ingatan keadaan pepejal yang serentak menghapuskan sebarang ingatan teras magnet yang besar dan mahal yang digunakan oleh generasi-generasi komputer sebelum ini.
Pangkalan boleh atur cara Datapoint 2200 merupakan peranti terawal yang diketahui yang mempunyai keserupaan yang bererti dengan komputer peribadi moden. <cite_reference_link><cite_reference_link> Ia dicipta oleh syarikat CTC (kini dikenali sebagai Datapoint) pada tahun 1970 dan merupakan sebuah sistem lengkap dalam kotak kecil yang saiz tapaknya hampir sama dengan mesin taip IBM Selectric. Unit pemprosesan pusat (CPU) untuk sistem ini diperbuat daripada berbagai-bagai komponen yang berasingan, dan walaupun CTC menempah unit pemprosesan cip yang tunggal daripada Intel, namun kedua-dua syarikat itu kemudian bergaduh, dan cip yang dikembangkan oleh Intel tidak digunakan. Tidak lama kemudian, Intel mengeluarkan cip Intel 8008, versi cip terubah suai, yang merupakan mikropemproses 8-bit yang pertama di dunia. <cite_reference_link> Cip Intel 8008 berdasarkan keperluan Datapoint 2200, dengan semua pemproses kemudian yang digunakan oleh komputer peribadi serasi IBM berdasarkannya. Selain itu, CPU berbilang cip Datapoint 2200 adalah amat serupa dengan Intel 8008 sehingga perisian-perisian untuk kedua-dua CPU itu umumnya adalah serasi. Oleh itu, Datapoint 2200 dari sudut pandangan praktik bolehlah dianggap seolah-olah dikuasai oleh cip Intel 8008 dan dengan itu, menyebabkannya menjadi calon yang kuat untuk gelaran "mikrokomputer" yang pertama.
Pengembangan mikropemproses cip tunggal merupakan pendorong utama dalam mempopularkan komputer peribadi sebenar yang murah dan mudah digunakan. Komputer Altair 8800 yang diperkenalkan oleh makalah majalah Popular Electronics pada Januari 1975 menetapkan harga yang terendah ketika itu untuk sebuah komputer, dan membawa pemilikan komputer kepada sebuah pasaran terpilih pada dekad 1970-an. Ini diikuti oleh komputer IMSAI 8800 yang mempunyai keupayaan dan kekurangan yang sama. Kedua-dua Altair dan IMSAI pada dasarnya merupakan minikomputer diperkecil yang tidak lengkap: untuk memasang papan kekunci atau skrin pada komputer memerlukan peranti persisian yang berat dan mahal. Kedua-dua mesin itu menonjolkan satu panel depan, dengan suis dan lampu yang berkomunikasi dengan operator melalui kod perduaan.
Untuk memprogram mesin, pengguna bukan semudah memasang elektrik. Dia harus memasukkan atur cara pembeban ikat-but dalam kod perduaan, lalu membaca pita kertas yang mengandungi pentafsir BASIC dengan menggunakan pembaca pita kertas yang amat besar. Memasukkan pembeban memerlukan pengendalian lapan suis lalu menekan butang "muat" untuk setiap bait atur cara, dengan atur cara biasanya terdiri daripada ratusan bait. Kesemua ini harus dilakukan sebelum seseorang dapat menggunakan komputer untuk membuat sebarang kerja.
Pada tahun 1976, Koperasi Pengilangan & Elektronik Kooro di Skopje, Macedonia mengeluarkan pada jumlah yang terhad sebuah komputer bersepadu yang dilengkapi dengan papan kekunci, monitor monokrom, pemacu cakera liut 8-inci, dan RAM 16k untuk kegunaan pegawai-pegawai kerajaan. Dengan bentuk yang serupa dengan komputer TRS-80 Model III, ia menggunakan sistem pengendalian hak milik.
Komputer Altair bolehlah dikatakan komputer yang mewujudkan pengembangan syarikat Apple serta juga Microsoft, syarikat yang menghasilkan pentafsir bahasa pengaturcaraan Altair BASIC, produknya yang pertama. Generasi mikrokomputer kedua yang muncul pada akhir dekad 1970-an — dicetuskan oleh kejayaan Apple II, komputer yang direka oleh Steve Wozniak — biasanya dikenali sebagai komputer rumah. Untuk kegunaan perniagaan, sistem-sistem itu tidak sebegitu berupaya dan juga kurang serba guna, berbanding dengan komputer-komputer perniagaan yang besar ketika itu. Ia direka untuk hiburan dan pendidikan, bukannya semata-mata untuk kegunaan praktik. Walaupun ia boleh digunakan untuk tugas-tugas pejabat yang mudah, ia umumnya digunakan oleh para peminat komputer untuk membelajari atur cara dan bermain permainan komputer sebagai ganti untuk komputer peribadi yang ketika itu terlalu mahal. Untuk para penggemar komputer yang lebih teknik, komputer rumah juga dipergunakan untuk pengantaramukaan elektronik, seperti mengawal model kereta api dan kegiatan-kegiatan lain yang menyenangkan. Menjelang akhir dekad 1980-an, "komputer rumah" beransur-ansur digantikan oleh "komputer peribadi" kerana keupayaan grafik dan bunyi sistem-sistem "rumah" dapat ditandingi oleh komputer yang bertujuan untuk kegunaan "perniagaan". Ini, bersama-sama dengan kejatuhan harga komputer peribadi, menyebabkan penggabungan kedua-dua segmen pasaran. Komputer-komputer ini terpasang di kilang, seringnya tertatarajah dengan perisian tergabung, dan tidak memerlukan banyak pengetahuan teknik untuk mengendalikannya.
Mikropemproses siri MOS 6500 menyebabkan pengurangan kos yang ketara untuk mencipta sistem perkomputeran. Commodore PET, TRS 80, dan Apple II (juga dikenali sebagai 1977 Trinity oleh Majalah Byte) seringnya disebut sebagai komputer-komputer peribadi yang terawal, khususnnya Commodore PET yang digelar oleh Majalah Byte sebagai komputer peribadi yang pertama. <cite_reference_link> Reka bentuk Commodore PET, sebuah mesin tunggal yang bersepadu, dengan monitor, papan kekunci, dan peranti dataset yang terbina, kemudian mengilhami komputer Macintosh (oleh Apple) yang popular.
Sebuah iklan untuk Apple II pada tahun 1978 menggunakan ungkapan, "Apple, komputer peribadi", tanpa simbol cap dagangan. Tiga tahun kemudian, istilah "komputer peribadi" didaftarkan oleh IBM sebagai cap dagangannya dan dengan itu, berjaya menyerang pasaran Apple dengan nyata sekali. Bagaimanapun, seorang hakim kemudian mengisytiharkan bahawa perkataan "komputer peribadi" tidak lagi merupakan cap dagangan IBM tetapi sebaliknya, merupakan istilah umum untuk mana-mana komputer peribadi yang bukan dibuat oleh Apple. Seorang yang sinis berkata: "Apple tidak pernah melepaskan peluang untuk melepaskan peluang".
Kembali ke sektor perniagaan
Adalah pelancaran hamparan VisiCalc, mula-mula untuk siri Apple II (dan kemudiannya untuk keluarga 8-bit Atari, Commodore PET, serta IBM PC) yang menyebabkan mikrokomputer dijadikan sebuah alat perniagaan. Pada tahun 1980, seorang pekerja Apple menemukan makmal penyelidikan IBM di San Jose telah membeli banyak Apple II semata-mata untuk mengendalikan VisiCalc.


http://sejarah-komputer.jbdirectory.com/skins/common/images/magnify-clip.png
Gambar foto IBM PC yang asal (kk. 1981).
Pengenalan VisiCalc diikuti oleh IBM PC pada 12 Ogos 1981 yang merevolusikan pasaran komputer. Lotus 1-2-3, sebuah gabungan hamparan (diilhami oleh VisiCalc), persembahan bergraf, dan pangkalan data yang mudah, kemudian menjadi senjata pemasaran untuk IBM PC. Atur-atur cara pemproses kata yang baik juga muncul untuk banyak komputer rumah, khususnya pengenalan Microsoft Word untuk Apple Macintosh pada tahun 1985; sedangkan versi-versi Microsoft Word yang awal dicipta untuk IBM PC, ia mula-mula menjadi popular melalui Macintosh).
Dalam terbitannya pada 3 Januari 1983, majalah Time menamai komputer peribadi sebagai Tokoh untuk Tahun 1982.
Pada hari ini


http://sejarah-komputer.jbdirectory.com/skins/common/images/magnify-clip.png
Makmal komputer universiti yang mengandungi banyak komputer peribadi meja.
Pada sepanjang dekad 1990-an, kuasa komputer peribadi bertambah dengan pesat, dan mengaburkan perbezaan antara komputer peribadi dengan komputer berbilang pengguna seperti komputer kerangka utama. Pada hari ini, komputer-komputer atasan membezakan diri daripada komputer peribadi dari segi kebolehpercayaan atau keupayaan yang lebih tinggi untuk mengendalikan berbilang tugas, dan bukannya dari segi keupayaan CPU.
Dalam penggunaan biasa bagi perkataan "komputer peribadi" dan "PC" pada hari ini, kedua-dua perkataan ini biasanya merujuk kepada komputer peribadi serasi IBM. Oleh sebab kaitan ini, sebilangan pengilang komputer peribadi yang bukannya IBM PC mengelakkan penggunaan istilah ini untuk memerihalkan produk-produk mereka.
Disebabkan oleh rangkaian, internet dan faktor-faktor seperti pengurusan hak digital, komputer peribadi moden tidak lagi merupakan alat eksklusif penggunanya. Sokongan untuk komputer meja dalam bidang perniagaan kini memerlukan sebanyak birokrasi dan latihan profesional seperti dengan sistem perkongsian masa.

Komputer-komputer moden adalah ribuan kali lebih berkuasa, berbanding dengan komputer-komputer hanya dua puluh tahun dahulu. Pemproses berbilang teras, RAM satu gigabait, dan cakera keras sebanyak ratusan gigabait kini merupakan sesuatu perkara yang biasa. Angka-angka tersebut menenggelami juga superkomputer dari dekad-dekad dahulu. 
KLIK UNTUK MUAT TURUN MODUL INI

No comments:

Post a Comment