Alert Message

Tutorial ( HTML PROGRAMMING )



TAJUK MODUL
HTML PROGRAMMING
TAJUK DAN SUBTAJUK
2. IMPLEMENT WEB EDITOR
2.1 Define the web editor
2.2 List examples of web editors
2.3 Create a web page using web editor
OBJEKTIF PENCAPAIAN
2.1.1 Define the web editor according to requirements.

2.2.1 List examples of web editors to develop web pages  
         according to requirements.

2.3.1 Use appropriate web editor to create a simple web page
         according to requirements.
PENYUNTING WEB ( Web Editor)

Web Editor adalah program yang digunakan untuk membuat laman web. Ianya didatangkan bersama dengan sistem pengoperasian anda. Walaupun HTML boleh ‘ditulis’ di dalam mana-mana penyunting teks, namun penyunting HTML khusus menawarkan kefungsian dan kemudahan yang lebih baik. Kebanyakan  penyunting HTML bukan sahaja ‘bekerja’ untuk HTML sahaja, tetapi juga boleh digunakan bersama teknologi lain seperti CSS, XML, dan JavaScript atau ECMAScript. Dalam sesetengah hal, penyunting-penyunting ini boleh menguruskan komunikasi dengan kawalan pelayar web melalui FTP dan WebDAV, dan system pengurusan versi seperti CVS dan Subversion.

JENIS-JENIS PENYUNTING WEB

       I.            Penyunting Teks
§  Penyunting teks (source) digunakan bersama HTML bagi menerangkan penggunaaan kesemua tool bagi memudahkan proses menukar kod sumber.
§  Memerlukan sedikit pengetahuan HTML untuk memulakan proses tersebut.
§  Contoh : Teks editor seperti  Windows Notepad boleh menyimpan fail HTML dengan menggunakan sambungan (extensions) seperti .html, .htm.css dll.

    II.            Penyunting Objek
§  Sesetengah editor membenarkan penyuntingan dilakukan ke atas source text suatu objek dalam mode yang lebih bervisual.
§  Editor jenis ini juga menyediakan tetingkap yang membenarkan penyuntingan teks asas dilakukan dengan objek-objek yang dipilih.
§  Contoh : Adobe GoLive  menyediakan outline editor ke atas objek-objek HTML yang ingin dikembangkan. (expanded)

 III.            Penyunting WYSIWYG HTML
§  Singkatan daripada ‘What You See Is What You Get’  menyediakan antara muka pengeditan yang menunjukkan bagaimana laman akan dipaparkan dalam pelayar web.
§  Pengguna tidak memerlukan pengetahuan HTML yang tinggi kerana ianya mudah untuk diaplikasikan.
§  Proses mencipta dan memaparkan sesuatu helaian web memerlukan dua tetingkap  dibuka pada masa yang sama; satu untuk mengedit (mencipta) dan satu lagi untuk melihat atau menguji fail tersebut.
§  Contoh : Netscape Composer adalah web page editor dan ia akan dipaparkan melalui pelayar Netscape.

 IV.            Penyunting WYSIWYM
§  Singkatan daripada ‘What You See Is What You Mean’ adalah satu paradigma alternatif kepada penyunting WYSISYG.
§  Selain memfokuskan format atau persembahan suatu dokumen, ia juga menyediakan ‘maksud’ bagi setiap elemen.
§  Contoh: Page Headers, Sections, Paragraph dll yang telah dilabelkan dalam program penyuntingan supaya dipaparkan seperti yang sepatutnya di browser.

    V.            Penyunting Online (atas talian)
§  Silex
§  CKEditor
§  OpenBEXI
§  SnapEditor
§  TinyMCE
§  WYMeditor
§  YUI Rich Text Editor

  
CONTOH PENGATURCARAAN



Web Editor – Windows Notepad


 

Pelayar (browser) – Internet Explorer




KLIK DI SIN UNTUK MUAT TURUN MODUL

No comments:

Post a Comment