Alert Message

Tutorial ( COMPUTER SYSTEM )

TAJUK MODUL
COMPUTER SYSTEM
TAJUK DAN SUBTAJUK
2. Classify the types of software
    2.1 Explain various types of Operating System.
2.2  Explain various types of Application Software.
2.3  List utility programs.
    2.4 Explain proprietary and open source software.








OBJEKTIF PENCAPAIAN
2.1.1       Define operating system based on standard computer definition.
2.1.2       State the various types of operating system based on standard computer definition.
2.1.3       State the functions of operating system based on standard computer definition.

2.2.1       Define application software based on standard computer definition.
2.2.2       State types of application software (word processing, graphic, spreadsheet and presentation) based on latest computer software.
2.2.3       Describe the uses of application software (word
processing, graphic, spreadsheet and presentation) based on the latest computer software

2.3.1     State the types and usages of utility programs based on
             the latest computer software.

2.4.1       Describe open source and proprietary software based on standard computer definition.
2.4.2       Differentiate between open source and proprietary software based on standard computer definition.

PENERANGAN :


1.0  PERISIAN KOMPUTER
Program yang terdiri daripada set arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti pemprosesan maklumat.

Perisian menyediakan arahan untuk memberitahu komputer apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk melakukann

1.1 Perisian Sistem
      Mengawal dan mengurus operasi-operasi dan peranti komputer.

      1.1.1 Sistem Pengoperasian (OS)
               Satu set program yang mengandungi arahan yang mengawal dan menyelaras
               perkakasan, sediakan antara muka pengguna dan membolehkan aplikasi dipasang dan
               digunakan.

               3 jenis OS:
               a) OS berdiri sendiri (Standard alone OS)
                   (Windows XP, Vista, Mac OS, Linux, Ubuntu)
               b) OS Rangkaian
                   (Windows NT, Window Server 2000, Linux, Unix)
               c) OS terbenam (Embedded OS)
                   (Windows CE, Syimbian OS, Embedded Llinix-Android, iOS)

               Fungsi OS:
               a) Hidupkan dan matikan komputer.
               b) Menyediakan antaramuka pengguna (user interface) – pengguna dapat berinteraksi
                   dengan perisian dengan adanya antaramuka pengguna.
               c) Menguruskan Program – OS menguruskan program yang dibuka oleh pengguna.
                   Pengguna boleh menggunakan banyak program pada satu jangka masa.
               d) Menguruskan memori – OS mengawal dan menguruskan RAM agar dapat digunakan
                   secara optimum.
               e) Menguruskan Perkakasan – OS akan menyelaras dan menjejaki setiap perkakasan.
                   Arahan akan diberikan kepada perkakasan berdasarkan arahan dari pengguna.


     1.1.2 Perisian Utiliti
              Merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan dalam memastikan
              kelancaran perkakasan kompuetr, sistem pengoperasian dan perisian aplikasi.
              Disepadukan dengan sistem pengoperasian atau dipasang secara berasingan.

              Contoh program utiliti:
              a) Pengurusan fail
                  Menjalankan fungsi yang berkaitan dengan pengurusan fail pada cakera keras.
                  Mempunyai fungsi seperti padam, salin dan rename.
                  Contoh – Windows Explorer.

              b) Pemampatan fail (fail compression)
                  Digunakan untuk memampatkan dan nyahmampat fail untuk mengecilkan saiz dan
                  menjimatkan ruang.
                  Boleh memampatkan pelbagai dokumen dalam satu fail untuk memudahkan
                  penghantaran e-mail.
                  Fail yang termampat mempunyai format .zip, .rar.
                  Contoh – WinZip, WinRar dan 7-Zip.

              c) Antivirus
                  Digunakan untuk melindungi komputer daripada serangan virus.
                  Mempunyai fungsi mengimbas, menjejaki, menghapuskan dan kuarantin virus.
                  Contoh – AVG, Avira, Kaspersky, Norton, McAfree dan Panda.

              d) Pengimbas dan pembersih Cakera (disk Scanner)
                  Mempunyai keupayaan untuk mengesan dan membaiki masalh logik dan fizikal pada
                  cakera keras.
                  Pembersih cakera boleh memadam fail-fail yang tidak perlu untuk menjimatkan ruang
                  cakera.
                  Contoh – Disk Cleanup.


              e) Disk Defragmenter
                  Digunakan untuk menyusun semula fail ruang kosong pada cakera keras.
                  Penyusunan semula membolehkan capaian yang lebih laju pada cakera keras.
                  Contoh – Disk Defragmenter dan Norton Speed Disk

               f) Program Lain:
                  - Sistem Sandaran (backup)
                  - Utiliti Penyulitan (encryption)
                  - Utiliti Diagnostik (memberi paparan maklumat teknikal komputer)
         

1.2 Perisian Aplikasi
      Perisian atau program komputer yang dibina bagi menyelesaikan masalah khusus atau
      Melaksanakan masalah khusus atau melaksanakan tugas tertentu.
      Contohnya seperti menaip, membuat kiraan ataupun grafik.

      Jenis-jenis perisian aplikasi:
      a) Perisian Pemprosesan Perkataan
          Membolehkan pengguna melakukan tugas seperti membuat dan memanipulasi dokumen
          yang kebanyakannya mengandungi teks dan grafik.

          Penggunaan:
          - membuat, edit dan dokumen (memo, surat, laporan, minit mesyuarat, dll)
          - mencetak teks bersama grafik
          - menyemak ejaan, mengira bilangan perkataan, mail merge.

      b) Perisian Hamparan Elektronik
          Membolehkan pengguna menyusun dan memanipulasi data dalam lajur dan baris.
          Mengandungi sel yang membolehkan formula dimasukkan.
         

          Penggunaan:
          - Mengandungi formula yang membolehkan pengiraan secara automatik.
          - Membuat carta-carta pai.

       c) Perisian Persembahan
           Membolehkan pengguna membuat persembahan visual untuk berkongsi idea, mesej dan
           maklumat untuk penonton.
        
           Ciri:
           - mengandungi pelbagai template, layout.
           - boleh memasukkan audio, video dan imej.

       d) Perisian Penyunting Grafik
           Membolehkan pengguna membuat kerja berkaitan grafik, lukisan dan gambar.
           Pengguna boleh mencipta, edit, simpan dan mencetak hasil kerja.

           Ciri:
           - mengandungi pelbagai alat untuk proses edit seperti berus, warna dll.
           - mengubah saiz grafik.
           - menambah efek istimewa pada gambar seperti bayang, sinaran dll.


1.3 Persisian Sumber Terbuka dan Perisian Hak Milik
   
      1.3.1 Perisian Hak Milik
               Perisian yang dimiliki oleh individu atau syarikat tertentu yang telah membangun perisian
               tersebut ataupun yang telah membeli hak miliknya.
               Tidak boleh disalin dan diedarkan tanpa kebenaran syarikat atau individu berkenaan.
               Pengguna perlu membayar jika ingin menggunakan perisian hak milik.
               Contoh – Microsoft Office 2010, Windows 7, adobe Photoshop CS4, CorelDraw X5.
      1.3.2 Perisian Sumber Terbuka
               Perisian yang bebas digunakan oleh pengguna secara percuma.
               Kod sumber terbuka bebas untuk diedar semula, diubah atau ditingkatkan oleh
               pengguna yang mahir.
               Contoh – OpenOffice.org, Koffice, GIMP, Inskape.

      1.3.3 Perbezaan Perisian Sumber Terbuka dan Perisian Hak Milik

Perisian Hak Milik
Kategori
Perisian Sumber Terbuka
Perlu membayar untuk mendapatkan lesen menggunakan perisian.
Kos
Tidak perlu membayar untuk mendapatkan lesen. Perisian boleh dimuat turun dari internet.
Pihak vendor tidak mendedahkan kod sumber kepada pengguna.
Sumber kod
Kod sumber terbuka kepada pengguna untuk proses naik taraf perisian.
Tidak boleh disalin semula dari diedarkan tanpa kebenaran.
Pengedaran
Boleh disalin semula dan diedarkan.
Terdapat khidmat bantuan daripada vendor jika ada sebarang masalah berkaitan dengan perisian.
Khidmat bantuan
Tiada khidmat bantuan jika terdapat sebarang masalah kepada perisian.






AKTIVITI :


1. Nyatakan perbezaan diantara sistem pengoperasian (OS) dengan sistem utiliti.






2. Nyatakan kebaikan sistem utiliti.






3. Berikan 3 contoh perisian aplikasi.






4. Berikan 3 contoh sistem pengoperasian.









KLIK UNTUK MUAT TURUN SOALAN INI

No comments:

Post a Comment